Posts

KEBOLEHPASARAN PELAJAR KELUARAN DIPLOMA HORTIKULTUR

Image
Mereka ini merupakan pelajar Hortikultur KVDLM kohort 2015. Bakal bergraduat pada bulan September ini. Baru menduduki Penilaian SKM Tahap 4 pada bulan Ogos lalu. Namun, mereka telah ditawarkan bekerja di dalam bidang sebelum bergraduat dan belum memperoeh sijil kemahiran! TAHNIAH! Semoga terus sukses  πŸ˜‰ # hortikulturkvdlm # successstory # bptv

SELAMAT MAJU JAYA EN. ROSLI BIN SHA'BAN!

Image
Unit Hortikultur mengucapkan selamat maju jaya kepada En. Rosli bin Sha'ban, mantan Ketua Jaminan Kualiti (KJK) KVDLM yg telah berpindah kerana kenaikan pangkat menjadi Pengarah di KV Pertanian Chenor, Pahang. TAHNIAH! πŸ˜‰ #hortikulturkvdlm

PERANGKAP LALAT BUAH

Image
Lalat buah (fruit fly) atau nama saintifiknya Bactrocera sp . merupakan sejenis serangga perosak yang menyerang beberapa jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang menyebabkan hasil tanaman menjadi rosak seterusnya menyebabkan kerugian kepada petani. Serangan lalat buah dapat dikawal dengan memasang perangkap lalat buah yang menggunakan feromon Methyl euganol. Feromon ini akan menghasilkan bau yang menarik lalat buah jantan untuk masuk ke dalam botol yang te lah diisi air. Jadi, apabila lalat jantan berkurangan, maka persenyawaan kurang berlaku lalu menyebabkan populasi lalat buah akan berkurangan  πŸ˜‰ Gambar berikut menunjukkan perangkap lalat buah yang dipasang di pokok pisang, pokok nangka dan pokok durian belanda di unit hortikultur. Perangkap tersebut baru dipasang dua hari  # hortikulturkvdlm 😊 # jommasukhortikulturkvdlm 😊

PERANGKAP SERANGGA

Image
Penggunaan pelekat kuning dan biru merupakan satu amalan pengurusan Perosak Bersepadu atau Intergrated Pest Management (IPM) yang penting dalam pengurusan tanaman. Pelekat ini dipasang di kawasan tanaman sayuran bertujuan untuk mengenalpasti jumlah serangga perosak di dalam kawasan penanaman tersebut. Baru dua hari pelajar pasang pelekat kuning dan biru utk kawalan serangga perosak di unit hortikultur. Bukan shj serangga perosak yg terperangkap, malah cicak juga jd mangsa  πŸ˜… # hortikulturkvdlm # horticultureisaboutplantingplants

Penilaian Akhir dan Verifikasi Portfolio SKM (Y-050-4 Eksekutif Pertanian)

Image
Sekitar Penilaian Akhir dan Verifikasi Portfolio SKM (Y-050-4 Eksekutif Pertanian) untuk pelajar kohort 2015 Terima kasih kepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL), En. Abdul Aziz bin Sulaiman kerana telah menilai seramai 22 orang pelajar kami.. Terima kasih daun keladi, lepasni boleh nilai lagi!  😊 πŸ˜‰ Kami doakan semoga pelajar2 kami ini lebih maju jaya diluar sana!  😍 # hortikulturkvdlm # skm # jpk

Hari Terbuka KVDLM 2019

Image
HARI TERBUKA KV DATO' LELA MAHARAJA DENGAN KERJASAMA SWCORP & MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SEHATI SEJIWA Tarikh : 27/7/2019 (Sabtu) Masa : 8.00 pagi - 1.30 petang  Tempat : KV Dato' Lela Maharaja, Rembau Pelbagai hasil pertanian yang dijual dan semuanya segar dari ladang! # hortikulturkvdlm # swcorp

MULBERI (Morus spp)

Image
TAHUKAH ANDA ❓ ❓ Buah mulberi mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun mulberi pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji mulberi mengandungi ureas. Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol. Pelbagai khasiat yang terkandung di dalam mulberi, seperti: 1. Menawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes) 2. Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah 3. Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi 4. Mengurangkan risiko serangan sakit jantung 5. Membantu dalam kehilangan berat badan 6. Melegakan asma yang teruk 7. Melambatkan proses penuaan 8. Mengurangkan risiko kerapuhan tulang 9. Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan 10. Mengurangkan kesakitan ketika datang haid 11. Membantu perjalanan haid yang tidak teratur 12. Menambahkan tenaga 13. Meningkatkan produksi susu badan 14. Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan...