Posts

Showing posts from April, 2019

PENYEDIAAN BATAS TANAMAN

Image
[15 - 18 APRIL 2019] Amali penyediaan batas, membuat pembajaan asas dan memasang sungkupan dilakukan oleh pelajar tahun 1 SVM Hortikultur. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan perlu menyiapkan dua batas tanaman untuk penanaman jagung manis hibrid. #hortikulturkvdlm

MENENTUKAN PROFIL TANAH

Image
[10 APRIL 2019] Unit Hortikultur KVDLM dengan kerjasama Unit Pengurusan Tanah, Jabatan Pertanian Rembau telah mengadakan kerja lapangan untuk menentukan profil tanah di dua pedon iaitu Pedon 1: Kg Sri Repah, Tampin dan Pedon 2: Kg. Selaru, Kuala Pilah yang melibatkan pensyarah dan pelajar Tahun 1 Diploma Hortikultur. Terima kasih tidak terhingga kepada: En. Abdul Ghani bin Ahmad : Kuasa Usaha Unit Pengurusan Tanah, Jabatan Pertanian Rembau En. Ali bin Alias: Pegawai Pertanian, Unit Pengurusan Tanah, Jabatan Pertanian Rembau En. Mansor bin Ghazali: Pembantu Pegawai Pertanian, Unit Pengurusan Tanah, Jabatan Pertanian Rembau En. Fitri Shan bin Mansor: Pembantu Awam En. Syazwan bin Hamzah: Pemandu Terima kasih untuk ilmu yang telah disampaikan dengan jelas dan terperinci dan semoga hubungan antara KVDLM dengan pihak Jabatan Pertanian dapat memberikan impak yang tinggi kepada kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar kami # diplomahortikultur ...

HARI TERBUKA JABATAN PERTANIAN KVDLM

Image
HARI TERBUKA JABATAN PERTANIAN, Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja Unit yang terlibat: 🌸  Unit Hortikultur 🐟  Unit Akuakultur 🌱  Unit Agroindustri Tanaman πŸ„  Unit Agroindustri Ternakan Ruminan πŸ”  Unit Agroindustri Ternakan Poltri JOM SERANG UNIT HORTIKULTUR!!! Antara aktiviti yang kami jalankan; *Demo pemasuan semula (masuk percuma, hadiah disediakan untuk pop kuiz) *Teka berat biji benih (masuk percuma, hadiah disediakan) *Jualan produk pertanian (bokashi, kompos, media campuran, baja organik dan jualan anak pokok hiasan) *Pameran unit (tak kenal maka tak cinta kan?) # jabatanpertaniankvdlm # hortikulturkvdlm # weloveagriculture