Posts

Showing posts from August, 2019

SELAMAT MAJU JAYA EN. ROSLI BIN SHA'BAN!

Image
Unit Hortikultur mengucapkan selamat maju jaya kepada En. Rosli bin Sha'ban, mantan Ketua Jaminan Kualiti (KJK) KVDLM yg telah berpindah kerana kenaikan pangkat menjadi Pengarah di KV Pertanian Chenor, Pahang. TAHNIAH! πŸ˜‰ #hortikulturkvdlm

PERANGKAP LALAT BUAH

Image
Lalat buah (fruit fly) atau nama saintifiknya Bactrocera sp . merupakan sejenis serangga perosak yang menyerang beberapa jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang menyebabkan hasil tanaman menjadi rosak seterusnya menyebabkan kerugian kepada petani. Serangan lalat buah dapat dikawal dengan memasang perangkap lalat buah yang menggunakan feromon Methyl euganol. Feromon ini akan menghasilkan bau yang menarik lalat buah jantan untuk masuk ke dalam botol yang te lah diisi air. Jadi, apabila lalat jantan berkurangan, maka persenyawaan kurang berlaku lalu menyebabkan populasi lalat buah akan berkurangan  πŸ˜‰ Gambar berikut menunjukkan perangkap lalat buah yang dipasang di pokok pisang, pokok nangka dan pokok durian belanda di unit hortikultur. Perangkap tersebut baru dipasang dua hari  # hortikulturkvdlm 😊 # jommasukhortikulturkvdlm 😊

PERANGKAP SERANGGA

Image
Penggunaan pelekat kuning dan biru merupakan satu amalan pengurusan Perosak Bersepadu atau Intergrated Pest Management (IPM) yang penting dalam pengurusan tanaman. Pelekat ini dipasang di kawasan tanaman sayuran bertujuan untuk mengenalpasti jumlah serangga perosak di dalam kawasan penanaman tersebut. Baru dua hari pelajar pasang pelekat kuning dan biru utk kawalan serangga perosak di unit hortikultur. Bukan shj serangga perosak yg terperangkap, malah cicak juga jd mangsa  πŸ˜… # hortikulturkvdlm # horticultureisaboutplantingplants

Penilaian Akhir dan Verifikasi Portfolio SKM (Y-050-4 Eksekutif Pertanian)

Image
Sekitar Penilaian Akhir dan Verifikasi Portfolio SKM (Y-050-4 Eksekutif Pertanian) untuk pelajar kohort 2015 Terima kasih kepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL), En. Abdul Aziz bin Sulaiman kerana telah menilai seramai 22 orang pelajar kami.. Terima kasih daun keladi, lepasni boleh nilai lagi!  😊 πŸ˜‰ Kami doakan semoga pelajar2 kami ini lebih maju jaya diluar sana!  😍 # hortikulturkvdlm # skm # jpk