LOW LAND STRAWBERRY
Induk dan anak pokok strawberi tanah rendah varieti JSC dan Festival di unit hortikultur KVDLM 🍓
#unithortikultur
#bukanfertigasi
KEPERLUAN PENANAMAN LOWLAND STRAWBERRY
1. Medium/tanah
Strawberi memerlukan medium
tanaman yang peroi dan bersaliran baik. Yang menjadi keutamaan ialah medium
tersebut mampu memegang kelembapan dalam jangka masa yang lama. Kebanyakkan
nurseri mengunakan sabut kelapa yang telah dirawat sebagai medium tanpa
tambahan bahan lain. Ini kerana sifat sabut kelapa yang ringan serta mampu
mengekalkan kelembapan amat sesuai dengan kondisi pokok strawberi. Secara tidak
langsung sabut tersebut berupaya menjadi baja kompos.
2. pH Medium
Pokok strawberi anda memerlukan
pH yang simbang dangan keperluannya untuk mendapatkan saiz buah optimum. pH
ideal untuk tanaman ini adalah antara 5.5 hingga 7.
3. Pencahayaan
Pokok strawberi memerlukan
pencahayaan sekurang-kurangnya 4 jam sehari untuk iklim Malaysia. Berbanding di
negara beriklim sejuk, strawberi perlukan pengamatan cahaya minimum 6 jam
sehari. Namun tidak terlalu terus. Letakkan di kawasan separa teduhan. Oleh
itu, strawberi sesuai ditanam di ruang anjung kediaman.
4. Keperluan saiz kawasan
Pokok strawberi tidak suka tumbuh
secara berhimpit. Ia akan mengakibatkan kesukaran penghasilan bunga dan secara
tidak langsung memberi kesan kepada hasil buah. Hal ini terjadi di sebabkan
apabila pokok terlalu berhimpit-himpit, bahagian bawah atau pangkal pokok yang
menghasilkan kudup bunga mengalami kesukaran menerima cahaya matahari. Oleh
itu, jarak bagi setiap tanaman perlu dikekalkan sekurang-kurangnya 20 inci
setiap satu.
5. Siraman
Jika anda menggunakan sabut
kelapa sebagai medium tanaman, penyiraman boleh dilakukan apabila medium
kelihatan kering atau jika perlu. Perlu diingat, strawberi memerlukan medium
tanaman yang sentiasa lembap bukan basah tau. Jika air terlalu banyak, ia akan
merosakkan akar serta menggalakkan pertumbuhan kulat. Siraman paling perlu di
jaga ketika buah sedia dipetik. 3-5 hari sebelum dipetik, penyiraman perlu
dikurangkan untuk mengelak buah masam.
6. Baja
Pokok strawberi paling sesuai
menggunakan baja cecair kerana ia mudah diserap. Tambahan pula, sistem akar
pokok strawberi yang terlalu pendek sukar menyerap atau mencapai baja yang
jenis slow
release. Baja kimia yang sesuai digunakan untuk strawberi
adalah larutan 12:12:12 untuk tujuan tumbesaran pokok manakala larutan 15:15:15
digunakan untuk penggalak buah. Pembajaan perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2
minggu sekali. Namun AWAS! Baja kimia bersifat panas dan mudah merosakkan akar
pokok. Oleh itu, penggunaan baja dan racun kimia perlu minima.
Seeloknya, pokok strawberi sesuai
menggunakan baja organik. Walaupun produktivitinya tidak optimum, jangka hayat
tanaman lebih tahan lama berbanding penggunaan baja kimia.
7. Pemangkasan
Daun pokok strawberi perlu
dipangkas setiap bulan. Sebaiknya, 7-9 daun sahaja yang dibenarkan untuk bagi
setiap pokok. Ini kerana, jika daunnya terlalu banyak, penghasilan buah akan
terganggu. Ia disebabkan oleh permukaan batang bawah pokok yang menghasilkan
daun, sulur dan bunga terlindung dari cahaya matahari. Lebih kerap anda
memangkas, lebih banyak sulur dan buah yang dapat dihasilkan. Selain itu juga,
bilangan sulur perlu di kurangkan untuk membolehkan hasil buah lebih banyak.
8. Keperluan untuk
mengganti medium tanah
Setiap kali musim, medium tanaman
perlu diganti dengan yang baru. Ia bagi mengatasi masalah penyakit dari pohon
terdahulu di samping memastikan medium dalam keadaan lengkap nutrisi untuk
pertumbuhan pokok baru. Tanah yang telah digunakan perlu dirawat terlebih
dahulu sebelum digunakan atau jadikan sebagai medium tanaman tumbuhan lain.
#bukanfertigasi
Comments
Post a Comment